Sejarah dan Pengenalan
Pusat Akses SMK.Balung Tawau telah dibuka dengan rasminya pada awal tahun 2008. Ia telah ditempatkan di Bilik Operasi Pusat Sumber Sekolah kerana ketiadaan bilik yang bersesuaian di sekolah ini. Ia hanyalah penempatan buat sementara waktu sehingga bangunan baru yang sedang dibina di sekolah ini siap sepenuhnya. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan 10 buah komputer untuk kegunaan warga sekolah ini khususnya pelajar bagi tujuan mengakses internet. Sambutan pelajar sangat menggalakkan kerana internet adalah suatu benda baru mereka yang kebanyakannya datang daripada kawasan luar bandar. Pusat ini telah diletakkan di bawah penjagaan Pusat Sumber Sekolah dan diselia oleh seorang Guru Penyelaras.
Pada awal tahun 2009, pihak penyelarasan Pusat Akses Sekolah telah mengambil keputusan untuk melantik Pengawas-pengawas Pusat Akses yang akan bertugas untuk menjaga dan memerhati penggunaan pusat ini oleh para pelajar sepanjang masa. Tatacara dan prosedur tugas mereka adalah hampir sama dengan Pengawas Perpustakaan Sekolah. Perlantikan ini adalah ekoran daripada cadangan Pusat Sumber Sekolah kerana mereka kekurangan kakitangan dan pengawas untuk mengawasi Pusat Akses berkenaan sepanjang masa. Justeru itu adalah lebih elok dan sesuai jika Pusat Akses mempunyai pengawasnya sendiri. Kini Pusat Akses sekolah mempunyai 42 orang pengawas sendiri iaitu 22 orang pelajar sesi pagi dan 20 orang pelajar sesi petang. Pihak sekolah telah melantik 9 orang Guru Pusat Akses yang baru untuk membantu Guru Penyelaras yang sedia ada. Perlantikan Pengawas-pengawas dan Guru-guru berkenaan diharapkan akan memantapkan lagi perjalanan Pusat Akses Sekolah pada tahun ini.
Saturday, May 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment